Bersahabat kerana Allah SWT
Sunday, 23 December 201201:36
Asslamualaikum
Kawan, rakan, sahabat, geng, member, teman dan bestfriend. dan sekarang yang terbaru BFF. Bermacam istilah diberikan utuk orang yang boleh berkongsi jiwa dan rasa dengan kita. Tambahan lagi, hidup seperti diri aku yang lebih bertemu dengan orang yang pentingkan diri sendiri di Kuala Lumpur. Masing masing mengejar kekayaan dengan kurangnya kasih sayang antara manusia. Begitulah hidup yang mungkin saya dapat berikan view nya dengan hanya menetap 6 bulan di bandar mentropolitan ini.
Namun, kawan. atau jiwa remajanya disebut member amat kuat pengaruhnya pada diri setiap individu. bila kita berjauhan dengan ibubapa, nasihat atau kata-kata yang akan kita dengar atau mempengaruh perbuatan kita adalah member. Tambahan pula yang baru hendak mengenal dunia, yang baru hendak bertatih dengan suasana yang "asing" bagi dirinya. Dan kita pula mungkin berharap sesiapa sahaja yang berada disekeliling berpotensi untuk menjadi seorang member untuk teman ke kelas or etc.
" Samada beliau boleh diharap atau diri sendiri yang tinggal berharap"
Cuba kita tanya diri kita, dalam beberapa waktu ini, masih ada atau tidak hubungan hati dengan mereka yang dipanggil kawan, teman, sahabat dan yang seangkatan dengannya? atau perlahan-lahan ingatan terhadap mereka semakin menghilang ditelan waktu?
Rasullulah SAW pernah bersabda :
"Seseorang itu akan mengikuti agama sahabatnya,oleh kerana itu, setiap orang dari kamu sekalian hendaknya memperhatikan siapa yang ia jadikan sebagai teman"[Hadith Riwayat At Tarmizi, abu Daud dan Ahmad]
Rasullulah SAW bersabda lagi :
"Permisalan teman duduk yang baik adalah seperti penjual haruman. Boleh jadi dia memberimu, atau engkau membeli wanginya atau engkau mencium keharuman wanginya. Sedangkan misalan teman duduk yang buruk adalah seperti tukang besi. Boleh jadi dia membakar pakaianmy, atau engkau akan mencium aroma busik darinya"
Tunggulah juga masanya bakal tiba, jika bukan sekarang, mungkin akan datang. Diwaktunya datangnya ujian, di waktu datangnya kesedihan. akan dikenali siapa kawan dan siapa lawan. Biarpun mungkin satu hari nanti bila terjadi "kekecohan" dengan member. Berikan sedikit ruang di dalam hati untuk memaafkan. Sekarang, masa terlalu sempit untuk berlama-lala dalam bermusuhan.
Waahualam.
Waahualam.