AZAM 2013 MISSON 1 :
Friday, 28 December 201202:30
Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Assalamualaikum :)
Alhamdulilah ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan juga nak update entry baru kali nie. Sempena pengakhiran tahun 2012. Mungkin terlalu banyak yang update status di Facebook or Twitter untuk draft azam azam baru mereka dan mungkin termasuk lah saya. Tidak dinafikan.
Ada yang nak cepat dapat girlfriend. Oppsst!
Ada yang nak handphone baru. Ipad la. baru styleeee.
Baju baru. baru up to date kenssss.
Trend fashion baru dan yang seangkatan dengannya etc.
Mungkin secara rambangnya kita terlalu materialistik dalam memikirkan barang baru untuk tahun baru. Tapi bila difikirkan kembali. Muhasabah kembali diri kita. Apakah matlamat sebenar kehidupan kita. Apakah matlamat kita hidup di dunia sebagai khalifah? Adakah kita pernah fikirkannya?
Adalah kita hanya ingin cantik dan hensem mahupun dipandang tinggi di dunia. Dipandang mulia di mata manusia semata mata. Inilah persoalan yang mungkin kita nak persoalkan. Mungkin terlalu asyik dengan dunia sehingga kita mengabaikan akhirat. Nauuzubillah.
HMM..
Hmm...
Bila difikir. Direnung kembali. Pelbagai angan angan. Pelbagai impian menggunung tinggi. Tapi apa yang saya nak highlightkan disini. Kita sebagai manusia seharusnya memperbaiki diri dari hari ke sehari. Jika anda ingin tahu, manusia secara logiknya sentiasa inginkan perubahan ke arah positif. Sentiasa menginginkannya.
Percayalah..
Siapa kata takde orang yang nak berubah menjadi baik. Bohong! Tipu! Semua nya ingin berubah menjadi baik. Saya tahu, jika kita cuba rungkaikan permasalahan khususnya buat kaum Hawa. Nowadays, Alhamdulilah terlalu ramai yang sudah bertudung dan alhamdulilah di newsfeed banyak status status yang berunsurkan Islamik. Alhamdulilah, sekurang kurangnya ramai para sahabat yang sudah mendapat hidayah dari Allah SWT. Alhamdulilah. Inilah yang kita inginkan. Terima kasih ya Rabb!
PERUBAHAN! Ya, inilah yang kita mahukan sempena tahun baru yang mungkin lagi 2 3 hari lagi. Perubahan tidak kira dari segi akhlak, pemakaian, pergaulan dan sebagainya yang mana dapat merubah kita ke arah lebih terkawal dan limited sebagai kaum Hawa.
AKHLAK ! PENAMPILAN ! Ia sering bermain difikiran saya. Sentiasa bermain dan sering bermain. Terlalu merunsingkan saya. Saya sentiasa mempersoalkannya. Kenapa? Mengapa? Mungkin saya yang terlalu memikirkanya. Terlalu memikirkanya.
AKHLAK ! PENAMPILAN ! Ia sering bermain difikiran saya. Sentiasa bermain dan sering bermain. Terlalu merunsingkan saya. Saya sentiasa mempersoalkannya. Kenapa? Mengapa? Mungkin saya yang terlalu memikirkanya. Terlalu memikirkanya.
Seperti remaja lain, saya juga inginkan perubahan. Inginkannya. Umur kita bukan makin berkurang. Malahan makin meningkat. Kematian kita pula bukan kita ketahui. Entah hari ini. Entah esok. Entah lusa. Siapa tahu.
Jadi, berubahlah. Dalam setiap perubahan kita kena pasang NIAT yang betul ye sahabat.
Ya Allah. Sempena tahun baru, aku ingin berubah untuk menjadi lebih baik dengan cuba memperbaiki pemakaian dan akhlak saya keranaMu ya Allah. Perubahanku ini bukan kerana sesiapa. Bantulah aku ya Allah. Lindungilah aku dari godaan syaitan. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin ~
Tapi, jangan lupa. Syaitan! syaitan turut memainkan peranan mereka. Mereka tak pernah kenal erti putus asa. tak pernah. Jadi, seharusnya kita juga tak kan pernah kenal erti putus asa dalam menutup aurat bukan. Yes! Inilah attitude iblis yang seharusnya kita contohi. Dont give up! Walau sesusah mana, kita cuba dan terus mencuba menutup aurat dengan sebaiknya.
Baiklah. Sekarang, saya akan berkongsi dengan anda tentang masalah pemakaian. Ramai yang kata tersangat sukar dengan enviroment sekarang untuk menutup aurat. Terlalu banyak dugaan. Terlalu banyak.
Sayangku.
Ketahuilah. Syaitan akan mempengaruhi kita untuk mencipta pelbagai alasan untuk tidak menutup aurat dengan sempurna. Percayalah....
Lets we try to imagine that bila kita dipenuhi dan dikelilingi manusia dengan akhlak yang baik, pemakaian yang cantik menutup aurat dan sentiasa dipenuhi dengan ilmu agama. Secara automatik, kita akan menjadi baik, cara berbual terus bertukar. Cara pemakaian juga bertukar. Mungkin kita akan kata, kita bertukar bukan kerana kita sudah 100% bertukar. Terapi kerana kita respect each other. Betul! Absolutely, sebab kita respect jadi kita pun berubah bukan.
Tapi percayalah, sedikit sedikit hidayah akan menjengah. Tambahan lagi kita diusia remaja yang sangat mudah disentuh hatinya. betul! Allah akan membeeri hidayah pada sesiapa yang menghendakinya.
Jika disebut tentang pemakaian, pemakaian yang bagaimana baru dikategorikan menutup aurat khususnya untuk kaum Hawa yang ingin kita bincangkan ini.
In Shaa Allah kita akan bersambung pada entry akan datang.
Waallahu'alam.
In Shaa Allah kita akan bersambung pada entry akan datang.
Waallahu'alam.