<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3346125189524147092\x26blogName\x3dcik+nurul+tahir\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ciknurultahir.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ciknurultahir.blogspot.com/\x26vt\x3d-1069218085586302864', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
.
home
about me
my dream
shout
Beautiful Word
+ follow D'board Facebook
Surat untuk Bakal Suamiku
Sunday 28 July 201306:52




Buat bakal suamiku, 

Pertama sekali, aku bersyukur kerana Allah temukan kita. Aku tahu aku bukanlah wanita terakhir yang kamu ada. Aku tahu ramai lagi wanita diluar sana yang sempurna, yang lebih sempurna, yang kamu berusaha untuk mengenalinya. Tapi sekiranya kamu jodohku, kamu memilihku, aku akan berusaha memahami dirimu apabila hidup sebumbung nanti. Dan aku akan cuba menjadi isteri yang taat, solehah, menyanyangimu setiap hembus nafasku, yang dapat menjagamu ketika sakit, dan dapat berkhidmat seumur hidupku sebagai seorang isteri.

Aku juga tahu, aku bukan wanita yang sempurna. Tiada sesiapa pun di dunia ini yang sempurna. Terimalah aku seadanya. Aku yakin yang kamu berpotensi untuk membimbing aku ke jalan yang lebih baik, yang dapat membimbing anak anakku nanti.


Bakal suamiku yang dikasihi,

Sebagai wanita moden, aku tidak akan mengharapkan hantaran beribu-ribu atau berjuta-juta daripadamu. Ikutlah kemampuanmu, aku tidak mahu membebanimu. Kerana hantaran yang murah itu, adalah sebaik-baik wanita. Semasa aku menjadi isteri mu, aku juga tidak mahu wang berlebih-lebihan daripadamu kerana aku punya gaji hasil titik peluhku untuk aku berbelanja memanjakan diriku. Cukuplah sekadar mampu. Kerana aku bukan mengukur kemewahan dan kekayaan itu sebagai pengukur kebahagianku.


Bakal suamiku yang budiman,

Aku juga berharap agar kamu menjaga hubunganmu dengan ibu bapamu, kerana restu ibu bapa itu perlu dalam menjalani hidup di muka bumi ini. Jangan sesekali menyakiti hati mereka, dan sentiasalah mencari redha mereka kerana sekiranya ibu bapa redha, TUHAN juga akan merestui perjalanan kita. Sama jugalah dengan perhubungan kamu dengan ibu ku. Janganlah kerana aku sudah sah milikmu, kamu ketepikan mereka. Sesungguhnya kerana merekalah aku membesar dengan sempurna. Berterima kasihlah kerana mereka tabah dan sabar mendidik aku, sehingga dewasa begini. Aku juga akan membalas budimu dengan melayan ibu bapamu dengan baik sebagaimana tanggungjawabku terhadap ibu ku sendiri. Sesungguhnya wajib ke atas kita untuk menghormati mertua sebagaimana ibu bapa sendiri.


Bakal pemimpinku sayang,

Poligami itu memang hak dirimu yang mutlak dan tiadalah kuasa aku menghalang hukum ALLAH. Namun sekiranya sampai keperluanmu berpoligami, berterus teranglah dengan diriku agar aku dapat membuat persediaan dari segi mental. Aku wanita yang lemah, doakan lah aku tabah dan redha ketentuan ALLAH. Aku memahami perihal keperluan lelaki sehingga dibenarkan nikah lebih daripada satu, dengan syarat berlaku adil. Adil itu bukan pada kamu yang mengadili, tapi kami isteri yang diadili. Maka berlaku adillah semampu kamu, kerana aku percaya apabila timbul kemahuan itu, kamu sudah cukup muhasabah diri, menghakimi diri sendiri dan sudah bersedia menanggung dosa isteri-isterimu. Tidaklah sanggup aku melihat lelaki yang aku cintai berjalan dengan bahu senget sebelah di hari pengadilan nanti.


Aku adalah rusukmu yang bengkok, maka luruskanlah aku dengan kasih sayang. Aku tidak diciptakan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat pula di hati untuk dikasihi. Maka kasihilah aku seadanya, selagi layak aku dikasihi.

Wallahualam, ikhlas dari Nurul Afiqah Mohd Tahir.

Buat bakal suamiku,



........................



Sebut FINAL Mesti STRESS Cubalah SENYUM !
Friday 26 April 201320:41


Bismillahirrahmanirrahim
 In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Assalamualaikum & Salam Sejahtera =)
KUALA LUMPURRRRRRRRRRRRR! stress stresss! duit duit semua duit! 
belajar guna duit! makan guna duit! bayar sewa rumah guna duit!
apa dlam hidup nie tak guna duit! astagfirullahhhalazim.. 
istighfar dan anda masih boleh lagi tersenyum.
sabar sabar dan terus bersabar. itu dipanggil hidup. ini dpanggil ujian. dan ini juga dipanggil lumrah.

*******************

saya. student yang mana belajar ditengah bandar. kuala lumpur. hebat cabarannya. hebat juga ujiannya. hebat ujian imannya. hebat dugaanya. hebat "penampilan" masyarakatnya. 
hebat semuanya.
dalam kata nama lain, search sahaja di google. dan anda akan ketahui.
katanya tempat berfesyen pulak.
katanya lagi tempat yang mana hot. fashionnya up to date. 
gadjet mahal mahal. kita lah yang mengikut trend.
katanya lagi. dan berterusan katanya dan katanya. itu semua hanya kata-kata.
apa yang penting adalah diri kita. bagaimana kita membawa diri kita. apa prinsip kita. apa tujuan kita. apa misi kita. 
soal balik diri kita. niat kerana apa. kita lakukan ini. kita lakukan itu. semuanya kerana apa? kerana apa? dan kerana apaaaaaaa~
sekalipun kita hanya datangnya dari kampung. kita dilahirkan diceruk hulu sekalipun. jangan lupa asal usul. jangan terpengaruh dengan unsur unsur negatif. itu semua ujian hidup. ujian dimana Dia ingin melihat sekuat mana iman kita pada Nya. seteguh mana kita mengingati Nya. tanpa ujian tiada lah kemanisan iman. 
kenapa saya seringkali mengulang ayat ayat yang mana seharusnya dihighlightkan. sekurang kurangnya saya dapat menyedarkan diri saya sekaligus menyedarkan rakan-rakan yang lain. In Shaa Allah. sama sama kita memperbaiki diri =)



***********************

berbalik kepada issue pelajar MARA. tambahan saya student unikl. 
bermulah ceritanyaaaaa...... SEMESTER 3 (lepas dah transfer credit ye)
sila datang ke office untuk ambil cek anda yang bernilai sekiannnnn....
berlari lari mencari mesin kat CIMB. dengan muka senyum melebar. melakar pelbagai angan angan mat jenin. umpama 5k seberti berbilion katanya. hahahahhaah..
pergi ke ATM dengan gaya yang berlagak. tak toleh kanan. tak toleh kiri.... fuyoooooo..
akulah orang terkaya!!!!!!!!!!!wahahahhahhahha...
5 ribu - Alhamdulilah dah dapat. tersenyum sampai ke telinga. pelbagai idea. pelbagai plan dalam kepada. meloncat loncat masing. tapi masih ingatkan anda tujuan sebenar. muhasabah la diri la sayang. rancang dan urus dengan sebaiknya. itu nasihat saya. =)
p/s : buat adik adik junior. saya nasihatkan simpan lah duit dengan sebaiknya. carilah rakan yang baik. dapat membimbing. berikan sedikit pada kedua ibu bapa. dan sebaiknya beriltizam dan nekad tak akan menyusahkan mereka dengan bebanan sara hidup setiap bulan. gunakan 5k adik adik dengan cermat ye sayang.


***************

HISTORY DUIT KELUAR MASUK
700 ratus (JANUARI) - alhamdulilah. separate dah rumah sewa. makan. yuran. buku. etc
700 ratus (FEBRUARI) - yeay! dapat lagi. sayang MARA. macam biasa settlekan apa yang patut.
700 ratus (MAC) - ala. bayar ini bayar itu. cepatnya abis. kenapalah MARA bagi sikit sangat. hah! mulalah merungut. tak bersyukur denga rezeki yang kita dapat. mula mengeluh. mula la timbul rasa tak bersyukur. istighfar =) syaitan ni ade kat mana mana. ingat tue!
700 ratus (APRIL) - alhamdulilah. kembali berubah. gunakan kan elaun kali ini dengan cermat. bantu adik-adik. dapat kurangkan beban mak ayah. kena ingat. bila kita buat sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa apa bantuan. jiwa. hati kita akan rasa lapang. bahagia =) tak percaya? cuba dulu baru tahu. 

FINAL EXAM
eh eh eh.. dah nak dekat bulan May ke? alaaaaaa final exam nak dekat. macam mana nie. :(
hujung sem nie. al maklumlah. masing masing menyibukkan diri. mula la sibuk. nak bertegur sapa pun tak sempat. nak bertanya kaba apatah lagi. macam perdana menteri sibuknya. sibuk? apa yang nak disibukkan nya. Allah bagi kita dua ploh pat jam sehari. sama. setiap manusia dapat duration masa yang sama. antara menggunakan masa dengan bijak. atau lagha dengan masa yang diberikan. itu terpulang. terpulang. terpulang. dan terpulang bagaimana anda mengurus.
sibuknya!!!! sibuk dengan apa? antara dengan gadjet ataupun buku mahupun lalai dengan kesibukan mengejar dunia. atau kesibukan mengejar akhirat. semunya terpulang pada individu masing masing. terpulang. sekali lagi saya ulang. saya mengambil contoh pelajar sebab saya pun pelajar.
dikesibukan kita menyiapkan esaimen yang mungkin agak berlambak
dikesibukan kita membuat preparation presentation yang gempak
dikesibukan kita membuat revision untuk final exam berombak ombak 
atau kesibukan kita merehatkan diri dengan aktiviti melepak
itu terpulang


adapun saya sendiri kadang kala lalai. alpa. dan saya hanya insan yang biasa. berubah untuk menjadi insan yang luar biasa. masih mencuba untuk berusaha =) sekuurang paling tidak sekalipun saya dapat memberikan sedikit perkongsian nasihat dan ilmu kepada anda yang sudi membaca blog ini.
banyak sangat melencong nie. tak pe kan. sekurang kurangnya dapat lah saya tidak banyak pun sedikit berkongsi nasihat yang tak seberapa nie. saya insan lemah. mengharapkan juga nasihat dari rakan rakan yang lain. 
seorang insan. mengingatkan saya dengan izin Nya. dikala saya alpa. dikala saya lalai. dikala saya lupa. kami saling ingat mengingat. saling hormat menghormati. saling nasihat menasihati. dan Si Dia meminta saya baca dan fahamkan tafsir surah Al-Insyirah.
baiklah. di dalam kesibukan membusykan diri dengan pelbagai esaimen dan presentation. kali ini saya ingin berkongsi tafsir surah Al-Insyirah surah ke 94 dalam AL Quran.



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Bukankah Kami melapangkan bagimu (Muhammad)?
2. Dan Kami pun telah menurunkan beban daripadamu.
3. Yang memberatkan tanggunganmu.
4. Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.
5. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
6. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
7. Maka apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras untuk urusan lain.
8. Dan hanya kepada TuhanMu engkau berharap.

Hadis Nabi SAW dari Abu Hurrairah RA berkata, Rasullulah SAW bersabda:
"Pertolongan dari Allah diturunkan dari langit menurut kadar beban keperluan dan turunlah kesabaran menurut kadar ujian musibah. Jika engkau telah selesai dari urusan duniamu maka tegakkan dirimu untuk melakukan ibadah dan kepada rahmat Tuhanmu sajalah engkau tetap berharap".

Rakan rakan yang dikasihi sekalian dari tafsir dan hadis Nabi SAW membuktikan bahawa surah ini diturunkan untuk mengajar manusia bahawa setiap cubaan atau pujian pasti ada kelapangan atau jalan keluar. Dan hanya kepada Allah SWT sahajalah kita perlu memohon pertolongan. Dan Allah SWT menurukan beban kepada hamba Nya mengikut amal mereka dan sesuai dengan kesanggupan hamba Nya. 

Apa yang saya terangkan dengan lebih lanjut dan menambah pengajaran dari Surah Al Insyirah.

Daripada ayat dan tafsir di atas dapatlah kita mengambil beberapa pengajaran iaitu :


A) Allah itu Maha Adil, tidak sesekali Dia meletakkan sesuatu ujian di luar kemampuan   makhluknya.
Sepertimana yang dinyatakan dalam Surah Al Baqarah (2:286). Ayat ini disokong dengan ayat ke-6 Surah Al Insyirah di aman kesusahan akan disertai dengan kemudahan.

B) Allah mengajar makhluknya bersabar dan yang paling penting percaya dengan janji Allah.
Cuba anda bayangkan, andai kata kita tidak yakin bahawa kemudahan pasti datang selepas kesusahan pasti kita akan cepat melenting dan bertindak di luar batasan bila kita diuji dengan ujian yang berat. Maka dengan adanya janji Allah ini kita mampu membentuk diri menjadi insan yang redha dengan ujian yang menimpa.

C) Ayat ke-7 surah ini mengajar kita untuk bersifat sistematik.
Subhanallah. Betapa Islam itu agama yang memberi panduan untuk penganutnya bukan hanya pemerintah untuk melakukan ibadat semata-mata. Ini menunjukkan betapa syumulnya (sempurna) Islam. Ilmu pengurusan yang boleh dipelajari dari ayat ini : Kita perlu menyenaraikan kerja kita dan melaksanakannya megikut keutamaan. Apabila selesai sesuatu kerja, barulah kita melakukan kerja yang seterusnya. 

D) Allah SWT menyeru kita bersungguh dalam melakukan amal soleh.
Ya bersungguh-sungguh. Inilah masanya untuk kita bermuhasabah. Saya ingatkan diri saya juga untuk turut mengubah diri supaya lebih bersungguh-sungguh dalam pekerjaan. Kadang kala memang kita sudah siapkan sesuatu kerja, tapi adakah cukup usaha yang kita curahkan? Betulkah cara kita menyiapkan kerja? Adakah unsur leka dan lalai di dalamnya? Sama samalah kita reungkan...

E) Akhir sekali, ayat ini menyeru agar kita memohon kepad Allah untuk mendapatkan perkara yang kita inginkan.
Satu perkara yan saya terfikir adalah kaitan antara ayat 7 dan ayat 8 yang mana kaitannya antara usaha yang bersungguh-sungguh dengan amalam berdoa. Ini menunjukkan bahawa tiada jalan pintas untuk menuju kejayaan. Iannya perlu dirintis dengan usaha yang mantap dan akhirnya barulah kita berdoa dan bertawakal kepada Nya.

Rakan rakan, kesusahan atau penderitaan merupakan ujian Allah kepada hamba Nya sebagaimana di dalam Firman Allah SWT di dalam Surah Al Baqarah : 155 yang bermaksud :


" Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. "
Terima kasih atas kesudian membaca. Semoga rakan rakan mendapat suntikan semangat dan motivasi di kala musim final yang hampir tiba. 
Anda usaha, In Shaa Allah kejayaan akan menyusul. 



Allah SWT Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk hamba Nya.

Waahualam =) 

Salam sayang, 
Nurul Afiqah Tahir















Labels:




Kisah Penciptaan HAWA
Monday 4 March 201302:30


assalamualaikum


Seperti yang kita tahu, Hawa telah diciptakan daripada tulang rusuk Nabi Adam semasa di Syurga. Ketika Adam berada di Syurga, apa sahaja yang ada di dalam Syurga itu berupa nikmat yang tidak pernah berkurang. Namun, Adam tetap gelisah dan resah dalam kesepian. 

Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam di Syurga.

Dia memerlukan seorang teman yang akan mendampinginya dalam kesenangan yang tidak terkata itu. Demi memenuhi jiwanya yang kesunyian, Adam akan turun ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiuran dan mendengar burung-burung bernyanyi indah. Namun, hatinya tidak tenteram, malah makin bertikam. Tatkala angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan dedaunan mendesirkan suara sayup-sayup makan terkesanlah di hati Adam akan perasaan sayu. Dirasakan seperti derita batin disebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Tetapi.....

Adam malu sekali untuk mengadukan kesunyiannya itu kepada Allah sedangakn Allah Maha Mengetahui akan apa yang tersembunyi dalam kalbu hamba Nya. Adam yang sedang nyenyak tidur, menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril AS agar mencabut tulang rusuk Adam dari sebelah kiri.

Adam tidak terasa apa-apa ketika tuluang rusuknya dicabut oleh Malaikat Jibril. Dengan kudrat Allah yang apabila ia menghendaki terjadi sesuatu, cukup berkata "KUN" makan terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam sebagai insan kedua penghuni syurga. Juga sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepad Adam. Justeru Hawa itu tercipta untuk dijadikan teman yang boleh bermesra dan bergurau senda dengan Adam.

Hawa duduk  bersandar pada bantal lembut, diatas sebuah tempat yang bertatahkan emas dan permata manikam, sambil terpesona memandang wajah seorang lelaki kacak yang sedang terbaring tidak jauh di depannya. Butir-butir fikiran dan perasaan yang bergelombang dalam sanubari Hawa itu seolah olah arus elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam. Seolah olah seperti sebuah mimpi yang sangat terkesan dalam jiwa Adam.

Ketika terjaga, alangkah terkejutnya Adam tatkala ada seorang makhluk manusia seperti dirinya tidak jauh dari tempat sedang berbaring. Beberapa kali Adam mengosok matanya kerana tidak percaya pada apa yang dilihatnya.

Hawa diciptakan lengkap dengan perasaan malu itu dengan segera memalingkan badannya seraya mengirimkan sebuah senyuman manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudutmata yang ternyata memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.

Sesungguhnya memang diciptakan Hawa itu dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna! Ia dihiasi dengan  kecantikan, kemanisan, perindahan, kasih sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat keperibadian yang terpuji. Ia wanita tercantik yang menghiasi Syurga! dan kecantikan itu yang diwariskan turun temurun dan daripadanyalah makan ada kecantikan yang diwariskan kepada semua wanita yang datang selepasnya.

Adam tidak kurang hebatnya! Dia begitu gagah dan kacak malah tidak terjumpa walau sekecil cacat pada dirinya. Kerana Adam itu makhluk yang dicipta secara langsung oleh Allah SWT tanpa perantaraan. semua kecantikan yang ada pada seorang lelaki terhimpun padanya dan kecantikan itu jugalah yang diwariskan kepada semua lelaki selepasnya sebagai anugerah Allah kepada makhlukNya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan, kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan daripada cahaya rupa Adam AS.

Kata kata yang paling segar dan diingati Adam adalah tatkala hawa mengucapkan dengan terputus putus

"....ku..a..ku....aku...dijadikan untukmu!"
Kata kata itu nikmat yang menambah kemesraan Adam dan Hawa. adam sedar nikmat itu datang daripada Tuhan dan cinta juga datang daripada Tuhan. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa beerti cinta kepada Pencipta..

 Diperintahkan kepada semua malaikat di langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon "Syajarah Thuba" menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa..

Diriwayatkan bahawa pada pernikahan itu Allah SWT berfirman.....

"Segala puji adalah KepunyaanKu, segala kebesaran adalah pakaianKu, segala Kemegahan adalah hiasanKu dan segala makhluk adalah hambaKu dan dibawah kekuasaanKu, menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua-dua ciptaanKu dengan mahar, dan hendaklah kedua-duanya bertahlil dan bertahmid kepadaKu!"
Subhanallah..

Dikatakan pula bahawa seorang lelaki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam AS saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang rusuknya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepasa anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (Jantung & Hati Nurani).
Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga hati. oleh kerana itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi da tukang kayu.

Adapun seorang wanita, makan akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja dan seorang isteri yang menurut perintah suaminya.

Para doktor hari ini telah menjelaskan bahawa sekiranya bukan kerana tulang rusuk tersebut, pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkan rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi SAW, jika seseorang lelaki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.



Yang dimaksudkan dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaa seorang lelaki. Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.

waallahualam =)